Assalamualaikum,
1. Ha kali ini saya nak kongsikan perkara-perkara yang patut/perlu dilakukan ketika servis kereta tak kira sama ada Minor Servis ataupun Major Servis. Oleh kerana saya membeli kereta wira 'second hand' makanya tiadalah buku rekod servis kereta, yang ada hanyalah buku rekod servis ciptaan saya sendiri.
2. Apa yang dilakukan ketika Minor servis? Antaranya adalah seperti dibawah:
- Minyak Enjin
- Oil Filter
- Multi Point Check Up
Anggaran kos bergantung kepada jenis minyak yang digunakan dan upah servis yang kedai kenakan. Selalunya RM1++ la.
3. Major Servis? Antaranya adalah seperti dibawah:
- Engine Oil
- Oil Filter
- Air Filter
- Spark Plug
- Gearbox Oil (auto)
- Brake Fluid (Optional)
- Radiator Coolant (Optional)
Anggaran kos dalam RM380 - RM420. Harga juga bergantung kepada jenis minyak atau part yang digunakan dan upah servis yang kedai kenakan.
Spark Plug juga ada banyak jenis dan harga, Jika Brand NGK dan berharga RM25 seeloknya tukar setiap 20,000 KM. Ada yang ditukar setiap 40,000KM dan 80,000KM bergantung kepada jenis dan harga.
4. Setakat hari ini ada tiga (3) jenis minyak enjin yang saya gunakan antaranya:
- Petronas Syntium Semi Synthetic (RM120) tapi dapat diskaun 10% sebab ahli koperasi, jadi dapat harga RM112.
- Liqui Moly Semi Synthetic (RM130)
- Maxx Oil (RM150). Ini minyak yang saya gunakan sekarang.
5. Minyak Brek pun 'optional' bagi major servis setiap 20,000KM, ada yang tukar setiap 40,000KM dan 60,000KM. Bergantung kepada kepekatan minyak sewaktu servis. Kalau dah pekat sangat tu disarankan tukarlah. Semasa tukar minyak brek disarankan juga 'check' sekali kondisi brek kereta.
nak tanya tuan persona saya dah jalan 450000km apakah servis yang perlu di buat .setakat ini belum lagi buat apa-apa servis major.
ReplyDelete