Sumber gambar: Buku rekod servis aku |
Assalamualaikum,
Alhamdulillah pejam celik sudah 2 tahun kereta New Saga berkhidmat. Waranti 5 tahun atau 100,000 KM yang mana sampai dahulu. Tinggal lagi 4 kali servis untuk sampai 100,000 KM. Lihat pada rekod servis (setahun 2 kali servis), 2 tahun lagi habislah waranti kereta ni.
Untuk entri kali ni sekadar nak kongsi kos tukar minyak compressor aircond kereta new saga ni.
Minyak compressor aircond adalah sangat-sangat penting. Fungsi yang pertama adalah LUBRICATE (melincirkan). Kenapa kena lubricate? Untuk mengurangkan geseran di dalam compressor. Bayangkan jika komponen seperti compressor aircond yang bergerak dan berpusing laju mengikut kelajuan enjin, tapi langsung tiada pelincir? Boleh jammed melekat jawabnya. Compressor aircond kereta memerlukan minyak yang bertindak sebagai agen pelinciran. Senang cerita, compressor aircond ni macam enjin kereta juga. Enjin kereta ada minyak pelincir, compressor aircond pun ada minyak pelincir. Minyak compressor ni bila dah sampai waktu nya memang wajib diservis dan ditukar minyak baru. (sumber: acscarservice)
Dinasihatkan supaya servis flushing untuk tukar minyak compressor aircond ni dibuat dan dilakukan secara berkala. Iaitu setiap 30,000 km ataupun setahun sekali. Dalam buku manual proton pun ada menyarankan untuk tukar minyak compressor setiap 30,000 km.
Untuk New Saga saya ni kilometer sudah 60,000 km baru nak buat servis flushing. Alhamdulillah walaupun sistem aircond masih ok dan masih sejuk, namun kita ambillah langkah pencegahan. Kos buat servis flushing tidaklah semahal kos baik pulih aircond yang sudah rosak. Saya tukar minyak dan buat flushing di Pusat Servis Proton Nilai (LHM One Stop Car Services). Kos dalam RM130 je. Sekarang sudah canggih, Tukar minyak compressor pun menggunakan machine flushing, tak perlu buka sana sini.
sumber gambar: https://www.acscarservice.com/ |
Sekian.
Comments
Post a Comment