Tensioner bearing rosak(jammed).
Sang perwiraku sudah ada tanda-tanda tensioner bearing nak rosak (jammed). Pagi-pagi ketika panaskan enjin kereta sudah ada bunyi-bunyian cengkerik. Dan adakalanya akan ada bunyi seperti belt terkena air.
Alhamdulillah, kebetulan pula hari ini ada perkongsian daripada bengkel yang saya ikut rapat perkembangan dan perkongsian mereka di facebook. Bagaimana nak tahu tensioner bearing nak rosak ataupun sudah rosak? Dijemput baca catatan daripada Zordaq Motorsport di bawah:
Tensioner bearing adalah satu peranti dimana tugasnya untuk menegang fead belt atau belt aircond pada kereta.
Kerosakan pada tensioner bearing ada beberapa peringkat, antaranya:
Peringkat permulaan, apabila start enjin masa cold start, dia dah mula bunyi, Tetapi apabila enjin sudah panas, bunyinya akan hilang.. Bunyinya seperti cengkerik. Masa ini sakit (Kondisi) nya tidak kritikal, tetapi jika hati rasa sakit dengar bunyinya, tukar lah. Jika tidak ada bajet, masih boleh jalan untuk satu tempoh jangka yang panjang lagi.
Peringkat kedua, masa start enjin, dia bunyi dan selepas enjin panas, bunyinya akan senyap, tetapi akan berbunyi semula apabila buka aircond. Bunyi macam cengkerik juga dan masih boleh bertahan untuk satu tempoh jangka masa. Disarankan pada masa ni tukar tensioner.
Peringkat ketiga paling kritikal. Selepas enjin dihidupkan, dia mula berbunyi hatta enjin panas pun dia masih bunyi dan bunyi itu makin teruk selepas aircond dihidupkan. Tindakan segera untuk tukar tensioner perlu dilakukan untuk elak benda teruk berlaku.
Apa kesannya pada enjin jika belt ni putus?
zordaq motorsport |
zordaq motorsport |
zordaq motorsport |
Dia tidak akan beri kesan teruk pada enjin seperti putus timing belt.. Jika benda ini rosak atau pun belt putus, enjin hanya tak boleh hidup kerana alternator dah tidak boleh cas, power steering pump, waterpump dan aircond pun sudah tak jalan (berfungsi).
Berapa 'mileage' selalu rosak? Ikut pengalaman kami ada yang sudah rosak seawal 70k km dan ada yang masih ok pada 180k km.
Ha, sudah ada bunyi seperti yang dikongsikan di atas? boleh la bawa kereta anda ke bengkel untuk diperiksa.
Kereta wiraku juga sudah ada bunyian seperti di atas. Insha Allah selepas diperiksa dan dibaiki nanti saya akan cuba kongsikan pula kos penukarannya ya.
Terima Kasih.
Berapa kos tukaran tensioner bearing?
ReplyDeleteRm300 bos siap upah pasang
Deletesaya baru ganti, rm160. upah tak pasti sbb sekali ganti dengan timing belt.
ReplyDeleteWira saya di beritahu Mekanik perlu di tukar tensioner aircond sbb berbunyi bising. Tapi bunyi nya bkn mcm yg di sebut dlm artikel di atas yakni bunyi cengkerik. Bunyi pada wira saya itu seperti besi bergesel.Mekanik tu meletak screw driver yg panjang utk saya dengar dan rasa getaran tensioner itu.cuma bunyi nya lain dari yg di sebut itu.
ReplyDeleteKereta sy pn ade bunyik lain spt yg dinyatakan tu.. Kalau idling rs mcm bunyi enjin diesel.. Bile tgk tensioner mmg ade gelong ms pusing.
DeleteMyvi saya baru 4thn, idler pulley dah rosak. Mileage baru 25k. Huhu
ReplyDeleteApa penyebab belting terlucut dari keadaan asal?
ReplyDeleteapa masalah ye klau matikan aircond ada bunyi mcm besiul tapi bila on aircond bunyi hilang .. bila off bunyi lgi balik
ReplyDeletesalam admin civic sy pn mcm dh ada byi tu...milage 165k dah..hu2...biasanya kalo nk tukar tensionary tu kena tukar skali dgn belt dia ke
ReplyDeleteBossku,apa problem kereta apabila sya tekan button aircond lepas tu ada bunyi cgkerik,lepas 2 3 minit bnyi cgkerik tu hilang?minta penjelasan pakar.
ReplyDeleteKete avanza sy pon bunyi mcm tu ..on aircorn bunyi dlm 5 minit dah senyap
DeleteKreta honda sy pn da bnyi jga....kuat sgt..wlaupun slpas pnaskan kreta..msih bnyi..on n off enjin pn ttap bnyi jga...bnyi mcm trekta kwan sy ckp😂..ni bru nk p kt bgjel nk tnya apa msalah dia..klau nk tkar tu tkar sketul ka mcm mna
ReplyDeleteTu. Bering pullay yg rosak. Tukar bering shj. Senyaplah lps ni
DeleteHi , tukar timing belt berapa harga untuk Honda city tahun 2000 ?
ReplyDeleteBaru2 ni seminggu dua bunyi bising, terumata masa nak panaskan enjin, bila da panas dia senyap sikit, td pergi tukar minyak hitam, mekanik kata, tensioner bearing tu da gelong dan waterpump bocor, ada menitis keluar. Na repair tensioner bearing masa tu xde budget cukup, jadi bolehkan kereta jalan untuk tempoh tertentu walaupun tensioner bearing tu gelong sikit? Sementara tunggu budget di bulan2 seterusnya? Takut juga kalau tercabut je. Hahaha
ReplyDeleteSaya ada tukar auto tensioner honda stream rn8 sebab yang lama bearing bunyi. Tapi slpas tukar, enjin berasa sangat berat bila pasang aircond. Ada sedikit macam nak knocking masa tarik pikup.masa tarip pockup juga ada bunyi macam langgar air gitu.. kenapa ya?
ReplyDeleteFeb 2020 landing page ni sebab belts putus. Patutlah bunyi cengkerik kadang kadang, especially bila buka ekon.
ReplyDeleteMmg dah ckp dgn wshop nak tukar belt alternator, tetiba arini balik dari kl menghala puchong ekon rasa tak sejuk, pastu perasan pulak indicator battery menyala, kereta tetap jln mcm biasa. Sah belt putus, gagah jugak nyampaikan ke puchong rumah sedara. Air dlm tabung reserved pun bersembur. Hopefully esok xde major problem.
terjadi pada saya harini boss. Betol serupa. Google terus jumpa thread ni
Deletesama tjadi kat saya bln lepas.
Deletesalam...berapa ya harga tensioner bearing viva...
ReplyDeleteSalam.. Berapa harga penukaran tensioner bearing utk grand livina
ReplyDeleteKena jgk masa holiday ke Terengganu last week.. civic fd bolt tensioner patah.. smp putus belting.. temp naik.. steering keras..keta macam berat gila. Lepas repair tukar belt baru dan screw bolt baru, bolah la drive pulang 430km ke Penang. After 1 week tensioner mula bunyi cengkerik.. tp bila panas bunyi dia slow dan hilang kadang2.. nmpknya mmg km tukar tensioner seketul la jgk lepa ni. Nmpknya keta ni nk ajar tuannya tentang penyakit2 dia. Hahahahaha. Dr power steering pump smp ke rack semua dh tukar baru. Kini masalah tensioner pulak. Hadehhhhhh... Minat mengatasi segalanya. Ikut hati nk jual beli x50 ja. Hahahahaha
ReplyDeleteLately ni steering rasa bergegar sikit bila langgar lubang or jalan atas jalan yang tak rata. pergi bengkel check katanya steering rack tu dah rosak. ganti seketul dekat 1.5k sekali pasang. dah tukar rasa ketat pulak tak lembut dan relaxs mcm previously. alang2 tu ganti sekali fan belt sebab lama dah tak tukar since 2010. tapi lepas tukar belt, bila ram enjin rasa macam benda bergesel pula. bunyi tu continuity bila ram enjin. ram kuat2 bunyi gesel tadi kuat, ram slow2 bunyi tadi kurang. So TQ min, mungkin ada clue baru yang bunyi tu datang dari belt tensioner. - city 2010.
Deletesalam admin..kereta saya alza 2013 bunyi cengkerik keluar ketika hujan lebat dan langgar lopak2 air..simbol batery menyala on n off..stering jadi keras..mohon nasihat
ReplyDeleteSalam admin.. Sy nak tanya knapa kos tensioner bearing yg sy dbgtahu 350
ReplyDeleteApa yg abg nyatakan diatas sama macam dkt kete saya hyundai getz tensioner bearing problem. Siap pasang ngan timing belt skli upah rm400 jugaklah. Alhamdulillah lps buat trus tak sakit telinga bunyi cengkerik nak jln jauh pun tak risau dah .
ReplyDeletesaya baru tukar selepas bunyi cenkerik tu saya abaika, tiba ada 1 bunyi kuat sampai bingit telinga. baru saya tukar. rm 240 . cuma saya nak tanya. masa tukar timing belt set tidak termasuk ye dgn tensioner?
ReplyDelete