Pentingnya Penjagaan Coolant Pada Kereta Kita



Pembunuh senyap (Silent killer) kereta anda, enjin berkarat.

Punca utama, tak jaga coolant radiator, main letak air sahaja.

Pentingnya penjagaan coolant pada kereta kita untuk memanjangkan jangka hayat enjin, bila radiator mula berkarat air selaku ejen karat yg sangat efektif akan membawa karat ke seluruh laluan air di dalam enjin.

Jika karat berlaku:

1. Thermostat juga akan kena, lama kelamaan thermostat akan rosak (jem), overheat boleh berlaku.

2. Pipe line (besi) juga boleh mengakibatkan kebocoran kecil berlaku akibat kelemahan struktur pipe akibat di makan karat, overheat juga boleh berlaku.

3. Laluan air dlm blok pun tak cantik akibat karat yang tebal (laluan makin sempit).

4. Waterpump pun mudah rosak seperti gambar di atas, setiap kali tukar timing belt, wajib tukar water pump. Sepatutnya boleh skip utk penukaran pertama timing belt. Overheat juga boleh berlaku jika mengabaikan water pump.

5. Segala jenis hose getah pun akan cepat mengeras dan boleh pecah bila-bila masa akibat daripada tindak balas antara air karat dengan getah hos dan overheat boleh berlaku.

6. Radiator pun berkarat, jika terlalu teruk, aliran air melalui radiator tidak berapa cantik, dan menjadi semakin teruk jika aliran air tersekat terus, overheat boleh berlaku jika begini keadaannya.

7.Radiator cap, dia yg tak bersalah pun kena juga kesannya karat, kepala cap ini boleh putus akibat karat.



Oleh itu, jagalah coolant kereta anda, tak mahal manapun, baru RM29 (proton, perodua,toyota, nissan, honda lebih kurang je harganya), tukarlah setiap 40-50k km sekali atau 2 tahun sekali bergantung pada jarak perjalanan kereta anda.



Reserve tank atau tangki simpanan di tepi radiator tu jangan pulak ditambah air, tambah coolant sahaj ye. Tau.. ramai yang tambah air, lama kelamaan kandungan coolant beransur hilang. Ini lah sikap dan punca utama kebanyakan kes overheat yang berlaku.



Awas!! coolant tiruan berlambak di luar sana.

Salam ramadhan.


***Sumber asal penulisan adalah dari laman facebook zordaqmotorsports, namun saya ubah sedikit ayat bagi menambah selera hehe.





Comments