Proton SAGA baru selamat dipinang



Assalamualaikum,


1. Bertemu kembali, kali ini bukan nak cerita tentang kereta wiraku tetapi berkenaan kereta baru yang telah selamat dipinang oleh isteriku hehe.



2. Oleh kerana tempoh cuti belajar isteriku sudah menghampiri penghujung, maka kenalah cari kereta untuk digunakan ulang alik ke tempat kerja. Setelah ditimbang tara kami memilih Proton SAGA baru. Kenapa?



3. Ada beberapa kriteria yang kami pilih antaranya:



        3.1 Murah - Ya murah, gaji tidaklah besar mana dan yang paling penting berkemampuan nak bayar. Eh bukan ke axia lagi murah? tengok 3.2 hehe.



        3.2 Selesa - Ya selesa, kami dah biasa dengan keselesaan wira, takkan nak 'downgred' kepada kereta yang lebih kecil kan. Yang paling penting SAGA ini akan jadi 'backup' kepada kereta wiraku.



        3.3 Servis - Ya servis, setakat ini kata salesgirl (merangkap jiran taman aku) Proton tu servis SAGA ini masih lagi berpatutan berbanding kereta Proton yang lain. Masih lagi dalam lingkungan RM4++ dan ke bawah. Kata dia.



4. Yang no.3 kat atas itu merupakan kriteria yang kami tentukan sebelum kami beli kereta. Sekarang saya nak kongsi apa yang PROTON tawarkan pada kami.


5. Pada bulan MEI 2017 atau senang cerita PROMOSI RAYA 2017 Proton tawarkan beberapa perkara yang sukar aku nak tolak hehe. Antaranya:

        5.1 Rebet Raya RM500
        5.2 Rebet Royalti (Pemilik Kereta Proton) RM1000
        5.3 Rebet GURU dan NURSE RM500
        5.4 Rebet RM1500 / Percuma Servis 5 Tahun (RM4100)
        5.5 Percuma SmartPhone

6. Dalam banyak-banyak yang proton tawarkan, yang 5.4 tu aku tak boleh tolak huhu. Percuma Servis untuk 5 tahun atau 100,000 KM yang mana sampai dulu. Bukan percuma upah servis okey tetapi percuma servis minor dan major haaaaaa. 



7. Oklah cerita lebih pun tak boleh sebab belum sampai tempoh servis. Insha Allah hujung bulan ini dah 'set appointment' untuk servis yang pertama (1000 KM). Harap-harap betul la percuma haha.

Jumpa lagi.

Comments