Tanda-Tanda Drive Shaft Kereta Wiraku Rosak.

Assalamualaikum,

Bersua kembali, setiap kali ada 'posting' di blog ini bermakna adalah kerosakan pada kereta wiraku huhu. Kali ini nak kongsi berkenaan Drive Shaft kereta wiraku yang rosak.



Tanda-tanda awal kerosakannya adalah 'steering' bergegar. Permulaannya bergegar perlahan, tetapi makin lama makin kuat, lebih-lebih lagi bila saya tekan minyak kuat sikit. 

Peliknya tiada tanda-tanda macam kebiasaan 'drive shaft' rosak seperti berbunyi ketak-ketak sewaktu pulas 'steering' ke kiri atau ke kanan. Hanya gegaran sahaja.

Tak nak ambil risiko kereta rosak tengah jalan ataupun tayar tiba-tiba tergolek tengah jalan, jadi bawaklah ke bengkel tempat saya biasa bawa tu. Maka sahlah yang 'drive shaft' sudah rosak.

Ada banyak tanda-tanda 'drive shafts' rosak antaranya seperti gambar di bawah:

kredit info: http://store.zhapalang.com.my


Kereta antik memang susah nak dapat barang ganti yang original, tapi kalau nak boleh je pergi Parts Center Proton di Shah Alam hehe. Jadi saya guna yang 'OEM' Jenama ODM sahaja. Harganya menangis tak berlagu dibuatnya, RM450 sebelah huhu. Jadi saya tukar dua-dua terus.


kredit gambar: http://store.zhapalang.com.my

Mungkin boleh dapat lagi murah lagi, tapi macam biasalah saya tiada masa nak mencari sana sini hehe.

Ok cukup sahaja untuk entri kali ini. Jumpa lagi dilain kerosakan haha.






Comments