Bagaimana Membuat Tuntutan Kecederaan Jika Dilanggar Kereta Tiada Insurans?




Jika kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang tiada insurans. Kemudian pemilik kenderaan itu pula tak nak bayar atas sebab bukan salah dia!



Ah sudah la cedera, takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adil la bukan salah kita. Jadi apa yang perlu kita buat dan bagaimana kita nak buat tuntutan ganti rugi?




Sebenarnya, ramai yang tak tahu. Sekiranya berlaku kes macam ini, kita boleh buat tuntutan dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)




MIB tu apa? Syarikat insurans ke?




Bukan. MIB ini dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang tiada insurans. 




MIB dapat duit dari mana?




MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib mencarum ke dalam MIB. 




Oh begitu. Bagaimana nak buat tuntutan dengan MIB ye?




Sebelum buat tuntuan dengan MIB beberapa perkara perlu diambil perhatian dahulu:




1. Tuntutan MIB boleh dibuat sendiri atau melalui peguam.


2. MIB tak terima kes langgar lari. Perlu mendapatkan nombot plat kenderaan yang melanggar.

3. Tuntutan mestilah dibuat dalam masa 3 tahun kejadian.

4. Jika kita lantik peguam dan hendak saman kenderaan itu, kita mesti melaporkankepada  MIB dalam masa 30 hari sebelum failkan saman.

5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak tanggung.

6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri.



Jelas? Jika jelas ini dokumen yang perlu  dihantar ke MIB untuk tuntutan:




1. Surat kepada MIB mengandungi maklumat lengkap kejadian, sebab membuat tuntutan dan senarai dokumen yang disertakan.


2. Laporan polis.

3. Laporan polis kenderaan yang melanggar (jika ada).

4. Laporan perubatan.



Hantar dokumen di atas ke:




Motor Insurers' Bureau of West Malaysia

Wisma PIAM
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910



Sekian.


Maklumat ini saya perolehi melalui capaian berikut:




Comments