sumber: digitaltrends |
Bulan Januari 2018, pagi-pagi hendak pergi kerja dan hantar anak sekolah, tiba-tiba kereta tak boleh hidup. Start kereta boleh, tapi tak boleh lepas minyak, terus enjin mati. Semasa enjin hidup sekejap, lampu 'engine light' pada meter menyala. Ah sudah, adalah yang tak kena tu.
Dan seperti biasalah, pencarian maklumat terus digerakkan dengan bantuan 'Mr. Google'. Kebanyakan mengatakan 'Oxygen sensor failure'. Gambar O2 sensor itu macam gambar di bawah;
Saya pun gigihla nak buka sendiri, tapi susah juga rupanya, kena 'jack' kereta dulu baru senang nak buka. Oleh kerana barang tak cukup, gigihla saya ke kedai 'spare parts' berhampiran rumah untuk meminta bantuan untuk tukar. Pemilik kedai kata kena bawak ke kedai. Macam mana nak bawa kereta tak boleh hidup. Kena sentiasa tekan minyak, jika tidak enjin mati.
Akhirnya saya guna perkhidmatan pihak insurans untuk towing' kereta. Hendak dijadikan cerita mekanik di kedai spare part itu ada urusan dan tak boleh nak buat pada hari yang sama. Jenuh cari bengkel yang sesuai, maklumlah saya orang baru di Salak Tinggi. Akhirnya saya buat keputusan hantar ke Pusat Servis Proton di Salak Tinggi.
Setelah berbual panjang dengan mekanik di pusat servis berkenaan, beliau berkata tak semestinya O2 Sensor yang rosak, ada lagi sebab-sebab lain yang menjadi puncanya. Kesudahannya kena juga tinggal kereta. Keesokannya kereta sudah 'ok'.
Mekanik pusat servis sudah buat pemeriksaan dan servis (memang sudah sampai masa nak servis) antaranya;
- 95,000 KM procare basic service
- Tukar Minyak Hitam
- Oil Filter
- Spark Plug
- Brake Pad (biasalah, bila tengah 'diagnose' ada sahaja la benda lain yang rosaknya).
- Disc Brake Pad Front Replacement (Upah)
- Throttle Body Cleaning Kit
- Diagnostic Check PDT2000
- Check Wayering
Saya ada buat carian di internet tentang 'engine light' kereta menyala. Antara puncanya adalah seperti di bawah;
- Oxygen sensor failure
- Loose gas cap
- Catalytic converter failure
- Spark plug/ignition coil issues
- Bad spark plug wires
- Mass airflow sensor failure
- Issues with an aftermarket alarm
- Vacuum leak(s)
- Exhaust gas recirculation valve failure
- Dead battery
Untuk lebih jelas boleh baca melalui laman di bawah;
tq sharing
ReplyDelete