Tukar Set Kunci Kereta Wiraku (Key Switch Set Proton Wira)

Assalamualaikum.

Kembali bersiaran. Kali ini saya tukar 1 SET KUNCI kereta wiraku gara-gara kena umpil ketika Solat Jumaat. Berusaha juga untuk tukar kunci yang rosak sahaja (Sebelah pemandu), tetapi tiada kedai yang sudi melayan permintaan. Kena tukar 1 SET terus. 

Maka misi meneroka harga di pasaran pun bermula. Macam biasalah saya tinjau harga di http://on9carparts.com/ . Harga set kunci sahaja dalam RM200 lebih. Jika boleh baiki sendiri lagi jimat sebab di laman ini ada jual kunci di sebelah pemandu sahaja dalam RM50. Tapi apakan daya kita tiada mekanik 'favourite' yang boleh tolong. Main redah je kedai mana-mana yang sudi.

Untuk tukar kunci ini saya pergi kedai aksesori kereta SATO di Bangi Seksyen 4 Tambahan. Harga asal dia bagi RM250 termasuk upah. Runding punya runding dapatlah RM230 alhamdulillah.

sumber: 0n9carparts

Operasi pemasangan sedang dijalankan.

kunci lama tukar baru

Alhamdulillah selesai tukar kunci kereta. Kena umpil satu pintu sahaja tapi kesannya semua kunci kena tukar huhu. Dugaan. Pemasangan agak pantas tapi kecermatan itu boleh diperbaiki lagi dan semestinya kualitinya tidak sama seperti yang original hehe.


Baiklah, jumpa lagi nanti. Terima Kasih.


Comments