Assalamualaikum W.B.T.
Bertemu kembali selepas bertahun menyepi huhu. Maaf la ya atas kekangan yang tak dapat dielakkan. Jadi hari ini saya nak berkongsi berkenaan kos tukar Timing Belt kereta Proton Saga di Pusat Servis Proton. Macam biasalah, pusat servis kegemaran adalah Proton LHM One Stop Car Service Centre 4s - Nilai.
Sebenarnya dah lama saya tukar Timing Belt iaitu pada tahun MAC 2023 huhu. Punya la lama saya peram gambar dan cerita untuk dikongsikan ni haha. Apapun semoga apa yang dikongsikan dapat memberi panduan sebelum anda semua berhajat untuk menggantikan timing belt kereta Proton Saga terutamanya.
Untuk SAGA VVT saya ni sepatutnya tukar FEAD BELT adalah pada mileage 100 000 KM / 60 bulan, manakala TIMING BELT adalah pada mileage 110 000 KM / 66 bulan. Tapi saya tukar pada 120 000 KM huhu (Jangan ikut cara saya). Di bawah merupakan gambar FEAD BELT dan TIMING BELT yang telah ditukar oleh pusat servis, nampak elok lagi kan, sebab kami suami isteri guna santai-santai je kereta ni buat pergi kerja dan jalan jauh.
Kalau ikutkan tensioner bearing pada FEAD BELT sudah ada bunyi-bunyi cengkerik sikit. Jadi bila saya tukar set semua ni, terus sedap dan elok sahaja bunyi enjin.
Kos tukar tahun 2023 adalah;
Comments
Post a Comment