Enjin Kereta Wiraku Mati Mengejut



Assalamualaikum,

Kembali bersua di alam maya, rasanya sudah lama tidak kemaskini blog ini. Maaflah andai kata saya tak memberi maklum balas di ruangan komen di blog. Bukan apa saya bukanlah mekanik tetapi saya cuma berkongsi masalah yang terjadi pada kereta wira saya sahaja hehe. Jika ada info yang menarik yang saya dapat melalui medium lain pun akan saya kongsikan di sini.

Nak dijadikan cerita, mulai semalam (Khamis) wiraku tiba-tiba enjinnya mati secara mengejut. Terjadi selepas hantar anak di sekolah KAFA dan berhenti di gerai untuk beli sarapan. Cuba hidupkan semula, alhamdulillah hidup! Tapi dalam hati mesti ada yang tidak kena. Bawa kereta hati tak tenang. Dahulu pernah terjadi juga kes macam ini, tapi cuba hidupkan semula tapi tak boleh. Mekanik cuba usik-usik 'crank sensor', alhamdulillah ok. Tapi lama lepas kejadian berlaku semula perkara yang sama! haha.

Keesokan paginya selepas enjin dipanaskan, baru nak gerak ke tempat kerja enjin tiba-tiba mati ketika tengah mengundur keluar parking rumah huhu. Tengah fikir nak teruskan perjalanan ataupun tidak. Anak di sebelah risau, kenapa kereta ini abi? Tiada jawapan nak! Akhirnya teruskan juga perjalanan sehinggalah sampai  di lampu isyarat Bandar Baru Nilai enjinnya mati lagi sekali huhu. Enjin mati terjadi ketika sedang berhenti menunggu lampu kembali hijau! Buntu hehe. 

Teruskan juga sehingga selesai hantar anak dan sampai di tempat kerja! Alhamdulillah. Panas jangan disangka sampai ke petang. Tengah hari dalam perjalanan hendak hantar anak ke sekolah rendah, kena lagi enjin mati mengejut huhu. Mujur boleh dihidupkan semula. Kali ini nekad terus ke bengkel. Mekanik diagnoskan menggunakan komputer dan servis 'throttle body'. Tanya mekanik, lepas diagnos ada error apa-apa tak? Nya jawab tiada, lepas cuci TB, kita reset je semula. Nanti kalau ada masalah datang semula hahaha hantu punya mekanik. Melayang la juga RM14+ servis throttle body, diagnos komputer dan tukar air filter. 

Dengan harapan panasnya sampai la bila-bila. Nak cari mekanik yang betul-betul boleh periksa satu persatu bukan senang ye. Kena pulak kita ni bawak wira VDO je hehe. Oklah sampai disini sahaja dahulu. Doakan wiraku kekal sihat berbakti untuk tuannya.


Comments