Fuel Pump Wiraku Rosak


Assalamualaikum,

Kembali bersiaran, kali ini kereta wiraku tak nak hidup bila nak start enjin. Semasa balik dari kerja saya sudah perasan yang ada bunyi pelik, bunyinya seakan macam 'bearing' tayar rosak. Berdengung semasa kereta bergerak. Saya siap berhenti dan dengan dengar dari mana datangnya bunyi. Bunyinya kuat pada bahagian bawah kereta berdekatan tangki minyak. Terus syak Fuel Pump la. Berserah sahajalah bawak kereta. Harapnya sempatlah sampai ke rumah huhu.

Selesai ambil anak di sekolah rendah dan tadika terus hendak pulang ke rumah. Dalam perjalanan anak nak kfc pulak, terpaksalah singgah. Selesai membeli, start kereta terus tak nak hidup dah keretanya huhu. Anak pun risau, macam-macam ditanyanya. Kesudahannya ambil grab untuk pulang ke rumah. Kereta terpaksa tinggal depan kfc sebab sudah maghrib. Orang rumah pulak 'out station'. Bengkel pun sudah banyak yang tutup. Tawakal sahaja lah. Esok pagi-pagi telefon tow truck dari insurans dan towing ke bengkel SRM Ukhwah di Enstek, Nilai.



Kesian pada mekanik, minyak tengah penuh nak bawa turun tangki huhu. 2 hari juga lah baru selesai tukar sebab kena tunggu alat ganti. Hari pertama sahaja uruskan tow truck yang lambat, sebabnya banyak permintaan juga kereta rosak yang hendak kena towing huhu. Selesai tukar termasuk upah dalam Rm3++ Original brand Bosch.

Sekian laporan dari Bandar Enstek. Melayang lagi duit bulan ini.



Comments