Assalamualaikum,
Kembali lagi, kali ini 'side mirror' New Saga isteriku pecah kena langgar motosikal. Motosikal tu tak lepas nak memotong, penyudahnya terlanggar side mirror kereta. Lepas langgar terus cabut hmm sudahnya kena tanggunglah sendiri kos baik pulihnya. No. plate motosikal pun isteri tak sempat ambil.
Terus set temujanji di Proton Nilai untuk tukar side mirror. Kos side mirror (MIRROR ASSY DOOR RH) sahaja RM243.09. Tambah pula dengan kos cat RM35 (sebab part original side mirror warna hitam) dan upah pasang RM15. Jadilah kos keseluruhannya RM293.09. Benda kecil macam tu pun dan beratus huhu.
Kalau korang nak semak harga barang origonal proton, boleh semak di sini. Aku tempoh hari lepas semak dilaman web berkenaan, terus hubungi Proton Nilai untuk pengesahan. Dan harganya sama seperti di laman web berkenaan.

Apa boleh buat hadap je lah. Kalau aku yang bawa kereta hari tu mau aku kejar penunggang motosikal tu (kalau dapatlah hehe).
Ok jumpa lagi.
blog ni banyak membantu.. terbaek
ReplyDelete